Ahad, 19 Januari 2014

Pakar Karung, Hulu Golok

Oleh DJ Dolasoh

Kesunyian ditinggalkan isteri lebih sebulan, seorang lelaki memilih membuat sarung dan hulu golok bagi menghilangkan kesunyiannya sehingga hasil sentuhan tangan warga emas itu terkenal di Perak.

Sanusi Che Mat, 65, dari Kampung Kerunai, Gerik, Perak berkata, dia tidak menyangka daripada hanya mahu mencuba membuat ukiran bagi menghilangkan kesunyian kerana isterinya, Zaitun Kasim, 55, ke Kuala Lumpur untuk menziarahi keluarga, 10 tahun lalu itu, tindakan itu membawa hasil. 
“Sebelum ini saya hanya tahu sedikit mengenai cara membuat sarung dan hulu golok hasil pengamatan terhadap kerja warisan tradisi Melayu daripada tukang golok di kampung ini ketika kanak-kanak. 

“Rupa-rupanya sepeninggalan isteri yang mahu menziarahi keluarga di Kuala Lumpur memberi hikmah apabila tergerak memulakan usaha terhadap seni ukir ini,” katanya.
Foto
SEBAHAGIAN hasil seni sarung dan hulu golok dibuatnya yang ditempah pelanggan.

Sanusi berkata, pelbagai jenis seni ukiran dan bentuk boleh dibuatnya mengikut kehendak pelanggan termasuk memilih jenis kayu yang diingini mereka.
Foto
HASIL kerja seninya yang bermutu tinggi sentiasa mendapat tempahan pelanggan.
Foto
SANUSI memberi isyarat bagus di samping kereta miliknya hasil jualan sarung dan hulu golok.
Sanusi berkata, pelbagai jenis seni ukiran dan bentuk boleh dibuatnya mengikut kehendak pelanggan termasuk memilih jenis kayu yang diingini mereka.
Menurutnya, antara jenis kayu yang digunakan ialah serian, ketengga dan macang hutan. 
Sanusi turut meredah hutan tebal di sekitar Gerik dan Pengkalan Hulu bagi mendapatkan kayu bernilai tinggi. 
“Saya berbangga apabila dapat memenuhi keinginan dan cita rasa pelanggan yang memuji kualiti yang dihasilkan, malah ramai pelanggan dari Pulau Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur turut membuat tempahan. 

“Usaha ini mendapat sokongan RISDA Gerik selain sumbangan berbentuk sebuah mesin membelah kayu bernilai lebih RM4,000 beberapa tahun lalu,” katanya. 

Melalui bimbingan RISDA, Sanusi turut ditawarkan mengikuti pelbagai kursus, antaranya Kursus Asas Keusahawan anjuran Bahagian Pembangunan Institut Kemahiran Pekebun Kecil (IKPK), sijil Anugerah Ilham Desa Peringkat Zon 2012 oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah serta sijil penghargaan daripada Pegawai Risda Daerah Hulu Perak. 

Dia juga berpeluang mempamerkan seni ukiran golok di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Karnival Gopeng, Perak dan Karnival Usahawan Negeri Perak di Greentown, Ipoh, malah berjaya mendapat tempat pertama kategori Golok Tercantik Daerah Gerik, tiga tahun lalu. 

“Saya bersyukur kerana kini mampu membeli kenderaan baru selepas berjaya mengumpulkan wang, hasil usaha pembuatan kreatif golok ini,” ujarnya.
Sumber artikel dari : http://www.hmetro.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan