Rabu, 2 Januari 2013

Seri Sulaman Kelingkan

Bersama Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah
adawiyah.koh@utusan.com.my

 
BIARPUN dengan kehadiran pelbagai pakaian lain yang lebih moden, namun baju tradisional itu juga selalunya yang kita cari. Uniknya, kebanyakan pereka tempatan teruja berkreatif dengan menghasilkan baju kurung dan kebaya sering dimodenkan.
 
Lebih menarik, mereka menggabungkan moden dan lama memenuhi cita rasa wanita hari ini.
 
Menyedari trend fesyen tersebut, JNR Collections tampil dengan kelainan dengan mengenengahkan sulaman kelingkan dan songket.
 
Bagi mengekalkan keaslian pakaian tradisional, setiap pakaian sama ada baju kurung atau kebaya disuai padan dengan kain songket.
 
Dengan menyuntikkan elemen yang indah dan elegan seperti sulaman kelingkan, JNR membuktikan kemewahan sentuhannya untuk busana tradisional.
 
Koleksi ini memiliki kualiti bahan yang premium dan dilengkapi dengan kehadiran perincian yang sempurna.

 
Selain itu, JNR turut menghasilkan tudung yang dihiasi sulaman kelingkan.
 
Terdapat beberapa motif, iaitu sembilu kasih, teratai, cempaka, bunga cengkih, cempaka hitam, bunga semangat, bunga matahari, semalu, bunga ros bersegi dan banyak lagi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan